BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 8, 2010

life..


continue!
tetibe je terfikir...


kehidupan kita penuh cerita..yeah! cerita gembira, sedih, kecewa, duka n dsbnya..
tak kira cerita itu 'sedap' @ x..kita harungi jugak kan?
sebab kita yg masih di bumi Allah ni ada peranan masing2..

tepuk dada tanya iman!!

masing2 punya masalah sendiri..(mcm pernah dengar je ayat ni!)
ape2 pun masalah tu lah yg mengajar kita untuk hidup lebih baik kelak..
kadang2 kita fikir yg masalah yg hadir dlm hidup kita sesuatu yg x molek..
tp perlu juga kita buka hati, buka minda untuk nilai sejauhmana masalah itu
membantu kita..ada terfikir x? mesti lah..tapi kadang2 je!hehe:)
sebabnya fikiran kita selalu negatif..
kalau dah fikir negatif,negatif lah jadinya!hayya...

so,aku n sesape mesti ubah sikap ni..eh x!bukan!kita x boleh ubah sikap ini..
diri kita yang perlu berubah iaitu bertindak membuang sikap negatif ini
daripada bermaharajalela dalam diri..setuju??

perubahan xsemestinya perlu drastik..
berubah secara konsisten itu yang molek..
asalkan berubah ke arah yang lebih baik.
tp 'baik' yg macam mn?
baik dari pandangan diri sendiri?
erm..boleh jgk, tp seeloknya 'baik' dari pandangan orang sekeliling n
diri sendiri.. sebab apa?..kita ni bukannya dapat hidup seorang diri
tanpa adanya orang sekeliling yang peranannya macam2..ye x?

aku n sesape berINGAT!!
sometimes, it's better to be alone..tapi berpadalah..
the secret of living are taking and giving!
life is about laughing and living in a good and bad times..
getting through whatever comes our way and looking back with a smile:)

siapa yg x pernah menangis?

menangislah kerana keinsafan
air mata yg berharga
dapat mencorakkan peribadi unggul

siapa yg tak pernah menangis
dihujung setiap ketawa dan lupa
siapakah diantara kita
yg memalingkan muka ketika
mendengar kalimah tuhan

banyak bakti yg dapat diberi
sepanjang hidup yg sesingkat ini
lautan manusia berombakkan nafsu
kebenaran terdampar di pantai kecewa

air mata seperti mutiara
apakah itu rasa keinsafan
rintihan dari hati yg rindu
apakah itu hakikat cintamu

(lirik yg sgt menyentuh perasaan..zubir ali)

Monday, January 4, 2010

tINTa sEoRAng SahABAt

sahabatku..
indahnya alam persekolahan ini
mempertemukan persahabatan antara kita
akrab aur dengan tebing
setia ombak dengan pantai
bercahaya bulan dipagari bintang
teguh jerjak besi diikat batu
pun sesekali menggigit hati
apabila tersilap kata dan tersalah bahasa
dalam ucap bicara dan tutur kata seloka
namun xpernah berpanjang sengketa
justeru luka kesilapan daripada parah berpanjangan
segera dijahit benang kemaafan
dengan jarum peniti kesedaran
apa lagi dengan nasihat mak dan ayah
serta pujuk rayu teman seperjuangan
menjadi siraman penawar paling mujarab
dalam menyembuhkan pedih permusuhan
bahkan memulihkan parut berbekas lama

sahabatku..
marilah bersama kita berdoa
agar persahabatan kita kekal abadi
maju jaya dalam mencapai cita-cita
marilah kita bersama bersyukur dan bertafakur
menjadi manusia sempurna di bumi Allah
marilah kita berganding dan bertekad
menjadi insan bertawakal sepanjang zaman..
insyaAllah!

tahun baru menjelma lg..2010

thn 2009 tinggal kenangan
pahit manis yg kulalui adalah rentetan perjalanan yg cukup indah bagiku
perjuangan hidup sebagai seorang anak, student perlu kuteruskan
dalam suka ada duka..
itulah fitrah kehidupan!
tanpa pengalaman, seseorang xkan mampu hidup selesa
kerana 'pengalaman is a great teacher'
xkira manis @ pahit..itu yg pasti!
bye2 2009...hi2 2010!
2010...penuh penyisian!
azam xsemestinya baru kan?
rsnya azam tahun lepas pun belum tercapai lg..camne??
tapi..azam aku thn ni mesti capai jugak insyaAllah!
tahun baru..semangat baru..be the best!!!
forget the bad cherish the good!!
akan kuingati dan pegang kt2 ni:)